Friday, June 5, 2009

Tawakal dan Yakin -Part 1



التوكل واليقين


Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmatnya segala dugaan dan ujian sepanjang imtihan ni dapat diatasi dengan baik.Dan syukur kerana Allah telah memberikan kelapangan masa dan kesihatan sepanjang imtihan ini.Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah byk membantu terutama dr Us Hanif,Mustaqim dan Solehuddin (ahli bait..hehe)yg byk memberi semangat dan tunjuk ajar kepada dr ini sepanjang imtihan.

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dan semoga ilmu yang kita pelajari ini dapat dimanfaatkan dalam hidup kita dan sebagai bekalan kepada kita semua.Kepada sahabat-sahabat yg masih menghadapi imtihan semoga trs tabah dan bersemangat di samping terus berdoa agar Allah memudahkan urusan kita.Doakan tuk imtihan syafawi pada 9hb ni,moga-moga segalanya berjalan dengan sebaiknya Insya'Allah.

Dan apabila kita selesai menjalani imtihan ini dan berusaha sedaya upaya,maka seharusnya bagi kita selaku mukmin bertawakal kepada Allah dan berdoa agar mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,Insya'Allah...


Firman Allah Taala..

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , (2) serta akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan ( ingatlah ) , sesiapa berserah diri semata kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesunguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu. (3)

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

Sabda Rasulullah..

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا-رواه أحمد


Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kamu akan diberi rezki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Makna Hadis Secara Umum

Hadits di atas menjelaskan tentang hakikat tawakal yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan perumpamaan seekor burung. Dimana burung pergi (baca ; mencari kurnia Allah) pada pagi hari dengan perut kosong kerana lapar, namun di petang hari ia pulang dalam keadaan perut kenyang dan terisi penuh. Kerana pada hakikatnya Allah SWT lah yang memberikan rezkinya sesuai dengan kehendaknya.

Demikian juga manusia, sekiranya manusia benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan mengamalkan hakikat tawakal yang sesungguhnya, tentulah dari aspek rezki, Allah SWT akan memberikan rezki padanya sebagaimana seekor burung yang keluar pada pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang. Bermakna insya'Allah Allah akan mengurniakan rezki yang secukupnya kepada hambanya.

*gambar sekadar hiasan


No comments:

Post a Comment