Wednesday, June 17, 2009

10 kota terburuk


Nombor 10

BAGHDAD,IRAQ

Sangat mengejutkan dan memeranjatkan bahawa penerbangan yang murah memenuhi akhir minggu ke Baghdad.Kota yang hancur musnah kerana perang dalam era kejatuhan Saddam Hussein.Semenjak pencerobohan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Bush,maka pencurian ,penculikan , kejahatan seksual dan pembunuhan terjadi di mana-mana.Mata wang Iraq juga jatuh merudum apabila runtuhnya kerajaan Saddam.Sebahagian besar jalan di kota ini sudah menjadi padang rumput yang luas apabila dibedil dek kereta kebal,bak padang jarak padang terkukur biarpun hakikatnya susah nak nampak seekor pon burung terkukur..hehe..

Nombor 9
DHAKA,BANGLADESH

Kota yang terkenal banyak retaknya ini adalah Dhaka,kota yang boleh dikira sebagai kota yang mundur atau dalam keadaan gelap buat masa sekarang ini.Di samping ketidakstabilan politik, tekanan tentera dan kekacauan akibat peperangan dan bencana alam,ibu kota Bangladesh ini menghadapi krisis yang berlebihan dengan tingkat populasi yang tak seimbang dan pencemaran tertinggi.Industri yang memenuhi kota ini membawa dampak atau impak bagi lingkungannya, secara terus menerus 9.7 tan sampah dibuang melalui sungai di kota setiap tahunnya tanpa sebarang tindakan diambil..huhu..Itu la sebabnya Rally Paris Dhaka pun sekadar tempat lalu ja,tak ada yang sudi nak singgah..hehe..


Nombor 8
YAKUTSK,RUSIA

Tempat paling sejuk di bumi,seringkali suhu di sini jatuh pada -58Fahrenheit dan jika ini berlaku ,anak-anak terpaksa ponteng atau cuti dari sekolah begitu juga dengan yang bekerja.Kabus yang tebal hanya mampu membuatkan mata kita memandang tidak lebih dari 10 meter ke depan.Nak memandang masa depan?alamatnya pindah ja la..hee..

Nombor 7
MOGADHISU,AFRIKA TIMUR


Kota di mana hierarki adalah selamanya dinegoisasi.Pada tahun 1992 pemberontakan terjadi di mana-mana dengan ribuan kes dan musim kemarau yang panjang serta kelaparan di tiap wilayah di negara ini.Mogadhisu,tentu saja tidak akan anda temui pada risalah atau pamplet percutian anda dan moga-moga piala dunia nnti tak buat kat wilayah ini..


Nombor 6
CHERNOBYL,UKRAINE

Jika anda tidak pernah mendengar Chernobyl,kota terhukum, mungkin anda tidak mahu tinggal dan singgah di sini kerana bahaya radiasi selama dekad terakhir ini.Ledakan nuklear pada tahun 1986 ,telah menghancurkan dan mengkontaminasi atau mencemarkan semua makhluk orgenik di tempat ini.Ntah2 makhluk asing atau makhluk halus pun pikir dulu nak singgah sini.hehe..


Nombor 5
OKLAHOMA CITY,AMERIKA SYARIKAT

Waktu yang buruk berkunjung ke sini adalah ketika bulan Mac hingga Ogos kerana cuaca yang tidak mampu dijangka.Mengikut fakta,kota ini adalah kota yang terbanyak dengan bencana tornado(puting beliung) terbanyak di USA hingga membuatkan kota ini nampak macam filem The Day After Tomorrow.Bukan Filem P ramlee hitam putih..keke..


Nombor 4
PYONGYANG,KOREA UTARA

Kota yang penuh dengan tekanan,kota ini hanya memiliki satu channel atau saluran TV dan stesen radio yang dikuasai pemerintah.Untuk pergi keluar bandar saja,setiap orang perlu meminta izin dulu dari pemerintah.Nak lebih merdeka dan bebas pindah ajerlah dari kota ni..


Nombor 3
BUJUMBURA,REPUBLIK BURUNDI

Dengan angka pendapatan berkapita terendah,negara ini menjadi negara paling miskin di planet bumi ni dan yang menakutkan sering terjadi pembunuhan para pemimpin politik(kalah pilihanraya kot..hehe)Tak ada satu tempat pun kat sini yang sesuai dijadikan lokasi untuk bercuti,baik p mesir kan..hehe...


Nombor 2
LINFEN,CHINA

KOta terbesar penduduknya versi majalah Time,sangat sayup dan gelap yang menjadikan kota ini macam neraka.Udara di sini penuh dengan pencemaran arang batu dan jalan yang sangat padat akan emisi(pancaran/sinaran)Anda harus menjauhkan diri,walaupun anda telah memakai masker atau topeng keselamatan kerana itu tidak mampu menyelamatkan anda.Beli barang china atau sin x pa la..hehe..


Nombor 1
PORT MORESBY,PAPUA NEW GUINEA

Lebih dari 200 penderita HIV muncul setiap bulan,kota ini menjadi antara kota terburuk untuk singgah tambahan lagi nak tinggal di sini, berdasarkan voting atau undian cerdik pandai ekonomi pada tahun 2004,


Populasi bertambah banyak dan tidak terkawal , kes jenayah seksual, kecurian mencapai angka tertinggi 23 kali ganda dari LOndon .Mengikut story,terdapat geng yang terkenal yang telah berhasil merompak wang di bank sekitar kota ini dengan senjata M16..(Fuhh,power 2..)

Jika anda
tak berjaya mencari cenderahati di sini,jangan khuatir kerana setibanya di rumah anda mungkin akan mendapat cenderahati ataupun ole-ole penyakit yang telah anda bawa balik bersama tubuh anda..Jadi,beringatlah sebelum kena..


Alhamdulillah,bersyukurlah kerana kita tinggal dalam negara yang penuh aman dan mudah-mudahan kita sntiasa di bawah payung rahmat Allah Taala .Kita doakan agar seluruh umat di dunia terus dikurniakan nikmat hidup dan terus maju ke hadapan.Semua yang terjadi ini mesti ada sebab dan hikmah disebaliknya.Bersama-samalah kita fikirkannya bersama.Post ni dipetik dari sebuah majalah inggeris dan ditranslate mngikut kefahaman..hehe...

Ingatlah Firman Allah yang bermaksud."Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahkan sendiri"Wallahu A'lam...

Saturday, June 13, 2009

Darussalam Alami @ Jitra Pot

*klik pada gmbr dan save kat pc tuk lebih jelas

Assalamualaikum...Perhatian kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang berada di Zagazig dan berada di tahun akhir pengajian.Kepada sesiapa yang ingin menghantar kotak kitab atau barang-barang ke Malaysia melalui kapal karg0 boleh segera memaklumkan kepada ana.

Insya'allah pada tahun ini penghantaran akan dibuat pada selepas keluar natijah Imtihan pada bulan Ogos nnti. Harga terkini untuk penghantaran kotak untuk kitab dan barang diselaraskan seperti berikut :


USD 30
RM 120
LE 170


* Diskaun akan diberikan kepada sahabat-sahabat yang menghantar 3 kotak dan keatas.
* Kotak disediakan dan penghantaran terus ke depan pintu rumah.
* Pembayaran boleh dibuat di Mesir atau di Malaysia.

* Barang-barang mudah pecah atau kaca dan pil barakah dalam jumlah yang banyak tidak digalakkan dipos.


Sebarang maklumat atau masalah boleh terus menghubungi :

Mohd Murshid Bin Shafiee 0100719121
Muhamad Fathi Bin Nordin 0100837618

Wednesday, June 10, 2009

Tawakal dan Yakin -Part 2


Alhamdulillah,setinggi syukur dirafa'kan kepada Tuhan pencipta alam,Allah yang maha esa telah dengan rahmat dan hidayah nya dapat ana dan sahabat2 semua menghabiskan imtihan fasa 2 di Universiti yg penuh barakah ini dengan penuh bersemangat dan cemerlang,gemilang dan terbilang.hehe..

Berakhirnya imtihan syafawi pada hari ini 9 Jun 09,maka selesailah imtihan pada tahun ini dan semoga ilmu yang kita terokai dan pelajari ini akan bermanfaat untuk kita semua,Insya'Allah.

Jadi ana habiskan sedikit coretan mengenai hakikat tawakal dan yakin susulan dari post yang lepas.Semoga ianya menambahkan ilmu kepada kita dan menambahkan keyakinan untuk kita terus bermunajat dan bertawakal kepada Allah Taala.

Tawakal merupakan perintah Allah SWT.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an (QS. 8 : 61)

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Dalam sebuah hadits diriwayatkan:

عَنْ أَنَسِ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ (رواه الترمذي)
Dari Anas bin Malik ra, ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW. ‘Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kendaraanku lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Ikatlah kendaraanmu lalu bertawakallah.” (HR. Tirmidzi)

Makna Dan Hakikat Tawakal


Dari segi bahasa, tawakal berasal dari kata ‘tawakala’ yang membawa erti; menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan. (Munawir, 1984 : 1687). Seseorang yang bertawakal adalah seseorang yang menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan segala urusannya hanya kepada Allah SWT.

Sedangkan dari segi istilahnya, tawakal didefinisikan oleh beberapa ulama salaf, yang sesungguhnya memiliki makna yang sama. Diantara definisi mereka adalah:

1. Menurut Imam Ahmad bin Hambal.

Tawakal merupakan pekerjaan hati, ertinya tawakal itu merupakan perbuatan yang dilakukan oleh hati, bukan sesuatu yang diucapkan oleh lisan, bukan pula sesuatu yang dilakukan oleh anggota tubuh. Dan tawakal juga bukan merupakan sebuah keilmuan dan pengetahuan. (Al-Jauzi/ Tahdzib Madarijis Salikin, tt : 337)

2. Ibnu Qoyim al-Jauzi

“Tawakal merupakan amalan dan ubudiyah (baca; penghambaan) hati dengan menyandarkan segala sesuatu hanya kepada Allah, tsiqah terhadap-Nya, berlindung hanya kepada-Nya dan redha atas sesuatu yang menimpa dirinya, berdasarkan keyakinan bahawa Allah akan memberikannya segala ‘kecukupan’ bagi dirinya…, dengan tetap melaksanakan ‘sebab-sebab’ (baca ; faktor-faktor yang mengarakhkannya pada sesuatu yang dicarinya) serta usaha keras untuk dapat memperolehnya.” (Al-Jauzi/ Arruh fi Kalam ala Arwahil Amwat wal Ahya’ bidalail minal Kitab was Sunnah, 1975 : 254)


Sebahagian ulama salafus soleh lainnya memberikan pelbagai pandangan mengenai inti pati takawal, diantaranya adalah ungkapan : Jika dikatakan bahwa Dinul Islam secara umum meliputi dua aspek; yaitu al-isti’anah (meminta pertolongan Allah) dan al-inabah (taubat kepada Allah), maka tawakal merupakan setengah dari komponen Dinul Islam. Kerana tawakal merupakan cabang dari al-isti’anah (meminta pertolongan hanya kepada Allah SWT) : Seseorang yang hanya meminta pertolongan dan perlindungan kepada Allah, menyandarkan dirinya hanya kepada-Nya, maka pada hakikatnya ia bertawakal kepada Allah.

Salafus soleh lainnya, Sahl bin Abdillah al-Tasattiri juga mengemukakan bahwa ‘ilmu merupakan jalan menuju penghambaan kepada Allah. Penghambaan merupakan jalan menuju kewara’an (sifat menjauhkan diri dari segala kemaksiatan). Kewaraan merupakan jalan mmenuju pada kezuhudan. Dan kezuhudan merupakan jalan menuju pada ketawakalan. (Al-Jauzi, tt : 336)

Tawakal merupakan suatu hal yang sangat diperhatikan dalam Islam. Oleh karena itulah, kita dapat melihat, banyak sekali ayat-ayat ataupun hadits-hadits yang memiliki muatan mengenai tawakal kepada Allah SWT seperti contoh yang disebutkan sebelum ini. Demikian juga para salafus soleh, juga sangat memperhatikan masalah ini. Sehingga mereka memiliki ungkapan-ungkapan khusus mengenai tawakal.


Penutup

Tawakal yang merupakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW, jika dilakukan dengan baik dan ikhlas, insya'Allah Allah tidak akan menjadikan seorang hamba menjadi hina dan tidak memiliki apa-apa. Kerana tawakal tidak khusus dengan kepasrahan yang tidak beralasan. Namun tawakal harus terlebih dahulu didahului dengan adanya usaha yang bersunggug sungguh. Hilangnya usaha, bererti hilanglah hakikat dari tawakal itu.

Oleh kerananya, marilah kita meningkatkan rasa tawakal kita kepada Allah, dengan memperbanyak unsur-unsur yang merupakan darjat dalam ketawkalan ke dalam diri kita. Sehingga kitapun dapat masuk ke dalam surga Allah tanpa adanya hisab, Insya'Allah. Dan marilah kita sama-sama meningkatkan keyakinan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berTaqwaAmin.

Friday, June 5, 2009

Tawakal dan Yakin -Part 1



التوكل واليقين


Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmatnya segala dugaan dan ujian sepanjang imtihan ni dapat diatasi dengan baik.Dan syukur kerana Allah telah memberikan kelapangan masa dan kesihatan sepanjang imtihan ini.Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah byk membantu terutama dr Us Hanif,Mustaqim dan Solehuddin (ahli bait..hehe)yg byk memberi semangat dan tunjuk ajar kepada dr ini sepanjang imtihan.

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dan semoga ilmu yang kita pelajari ini dapat dimanfaatkan dalam hidup kita dan sebagai bekalan kepada kita semua.Kepada sahabat-sahabat yg masih menghadapi imtihan semoga trs tabah dan bersemangat di samping terus berdoa agar Allah memudahkan urusan kita.Doakan tuk imtihan syafawi pada 9hb ni,moga-moga segalanya berjalan dengan sebaiknya Insya'Allah.

Dan apabila kita selesai menjalani imtihan ini dan berusaha sedaya upaya,maka seharusnya bagi kita selaku mukmin bertawakal kepada Allah dan berdoa agar mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,Insya'Allah...


Firman Allah Taala..

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , (2) serta akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan ( ingatlah ) , sesiapa berserah diri semata kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesunguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu. (3)

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

Sabda Rasulullah..

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا-رواه أحمد


Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kamu akan diberi rezki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Makna Hadis Secara Umum

Hadits di atas menjelaskan tentang hakikat tawakal yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan perumpamaan seekor burung. Dimana burung pergi (baca ; mencari kurnia Allah) pada pagi hari dengan perut kosong kerana lapar, namun di petang hari ia pulang dalam keadaan perut kenyang dan terisi penuh. Kerana pada hakikatnya Allah SWT lah yang memberikan rezkinya sesuai dengan kehendaknya.

Demikian juga manusia, sekiranya manusia benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan mengamalkan hakikat tawakal yang sesungguhnya, tentulah dari aspek rezki, Allah SWT akan memberikan rezki padanya sebagaimana seekor burung yang keluar pada pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang. Bermakna insya'Allah Allah akan mengurniakan rezki yang secukupnya kepada hambanya.

*gambar sekadar hiasan


Monday, June 1, 2009

Kenali Syeikh Al-Azhar As-Syarif



Dr. Muhammad Syed Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Kampung Saleem Syarqiyyah, Daerah Tama Governorate Soohaj. Beliau mendapat pendidikan asas di kampungnya dan setelah menghafaz al Quran, beliau meneruskan pengajian ke Institut Agama di Iskandariah pada tahun 1944.

Apabila tamat pengajian menengahnya beliau menyambung pelajarannya ke Fakulti Usuluddin, Universiti al Azhar di Kaherah pada tahun 1958. Mendapat ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (al ‘Aliyah). Manakala pada tahun1959, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan dan beliau meneruskan pengajian sehingga ke peringakat PHD di dalam bidang Ulum Quran wa Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat mumtaz. Tajuk Tesis beliau ketika itu ialah Banu Israel dalam Al Quran dan Sunnah.


Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Waqaf Mesir sehingga tahu 1964 sebelum dilantik sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin pada tahun 1968. Beliau kemudiannya berpindah perkhidmatan ke Universiti Islam Libya pada tahun 1972 sehingga tahun 1976 di mana ketika itu beliau dilantik menjadi Dekan Fakulti Usuluddin di Universiti Al Azhar Cawangan Asyut. Pada tahun 1980 pula beliau ke Universiti Islam Madinah di Negara Saudi Arabia sebagai Ketua Jabatan Tafsir dan Ulum Quran Peringkat Pengajian Siswazah.

Selain itu juga beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Basrah, Iraq. Pada tahun 1985 beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al Azhar Kaherah. Manakala pada 28 Oktober tahun 1986 beliau secara rasmi telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Republik Arab Mesir dan akhirnya pada 8 Zulkaedah 1416H bersamaan 17 Mac 1996 M, beliau telah dilantik sebagai Sheikhul Azhar Syarif yang ke-49 bagi Negara Republik Arab Mesir sehingga sekarang.



Dr. Muhammad Syed Tantawi sangat aktif dalam memberikan khidmat kepada masyarakat dan banyak membuat penyelidikan ilmiah, menulis makalah, mengambil bahagian dalam pelbagai seminar, forum, konvokesyen dan majlis-majlis ilmu di Masjid Al Azhar.

Beliau banyak menyumbangkan hasil penulisannya di dalam majalah-majalah di dalam dan di luar negara. Beliau merupakan ulama’ yang tegas dan berani dalam mengemukakan pandangan dan pendapat dalam apa jua isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat tempatan mahupun di perigkat antarabangsa.Semoga Allah memudahkan urusan beliau dan memberikan kesihatan yang sempurna kepada beliau dan semoga Allah memberkati segala usaha murni beliau.

Dipetik dari pmram.org