Sunday, January 25, 2009

Rindunya Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz



Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat yg masih lg menempuhi ujian imtihan..Semoga terus tabah dan berjuang melakukan yg terbaik..Kepada sahabat-sahabat yg telah selesai imtihan,jgn berpeluk tubuh saja kerana perjuangan kita tidak terhenti begitu sahaja.Teruskan berdoa dan isikan masa lapang anda dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan tambahkan lg thaqafah yg telah sedia ada di kesempatan kita masih lg dipanjangkan umur berada di bumi Mesir yg barakah ini...

Seketika kita merenung kembali perjuangan para sahabat dan auliya',teringat bagaimana keperitan yang mereka tempuhi untuk menyebarkan agama Allah yg suci ini..Teringat kata2 indah dr Imam Hasan Al-Banna,kita bukanlah yang memulakan perjuangan ini dan kita juga bukan yang mengakhiri perjuangan ini..Kita adalah mata rantai untuk meneruskan perjuangan menegakkan Agama Islam yg mulia ini yg telah dibawa oleh umat Islam terdahulu.Ketika itulah ana teringat akan seorang Khalifah yang agung yg telah menyinarkan kembali ke'izzahan Islam di muka bumi ini.. Khalifah Umar Abdul Aziz

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutamakan saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.
Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam dalam dirinya sebagai pengganti kepada datuknya. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap khalifah Umar al-Khattab sebagai Idolanya. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut mengganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.


Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.


Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.


Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.


Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.


Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


Semoga peribadi dan akhlah yg ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz sentiasa menjadi amalan kita seharian dan igtlah Firman Allah Yg bermaksud " Sesungguhnya Agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam"..Sesungguhnya Islam tidak berkehendak kepada kita tetapi kita berkehendak kepada agama Islam ini. untuk memacu diri kita menjadi Muslim yg sejati. Semoga semua amalan kita mendapat keberkatan dari Allah Taala dan sentiasalah kita merperbaharui Niat kita agar ianya sejajar dengan Al Quran dan Sunnah..wsalam..

Wednesday, January 21, 2009

Akal dan Nafsu

Bismillahirrahmanirrahim....

"Yang pertama-tamanya marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana kita semua masih memiliki nikmat Iman dan Islam dan dilahirkan dalam keadaan sudah dianugerahkan Akal dan Nafsu. Kedua-dua perkara tersebut amatlah penting bagi manusia. Kalau kurang satu je daripada kedua tu pun da susah dibuatnya kita. Cubalah bayangkan kita dilahirkan dalam keadaan tidak berakal,alamatnya jadi orang tiga suku la kita(orang gila la). Kalau tak ada nafsu pun sama la juga. Hidup pun cam zombi jek,apa yang dilihat semua tak membawa makna bagi diri kita.


Orang hulur kek ke,mee goreng ke,pizza ke,semua bagi dia cam tengok batang kayu je. Tak rasa apa-apa pun. Kalau ada nafsu tapi tak pandai kawal pun masalah juga. Semua yang dia rasa nak dia gomo je,yang penting kehendak nafsu dia tercapai. Tak fikir da halal haram makruh sunat ke apa semua,yang penting dapat. Ish2..ni la yang orang kata binatang bertopengkan manusia. Ye la,da kalau hidup ni nak puas nafsu je,kan sama je ngan binatang tu. Dorang kan hidup tak diamanahkan apa-apa,maka boleh la nak ikut suka je apa nak buat.


Dalam Qur'an kalimah akal diulang sebanyak 29 kali. Tapi bukanlah semua kalimah tersebut bunyinya akal juga,akal tu disebutkan dalam perkataan lain tapi para ulama' menafsirkannya sebagai akal.(kalo x paham rujuk dalam Tafsir Al Auran) Antara ayat Qur'an yang menyentuh tentang akal ialah firman Allah yang mana ertinya:-


"Padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar kalam Allah(taurat),kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya,sedangkan mereka mengetahui(bahawa perbuatan mereka itu salah)?" (Al-Baqarah:75)

Kalau kita bandingkan manusia dengan robot,atau manusia dengan binatang,sebenarnya tak adalah jauh berbeza sangat pun. Manusia ada kaki,robot pun ada kaki,binatang pun ada kaki. Manusia ada kepala,robot pun ada kepala juga,macam tu la juga binatang,lebih kurang je dorang semua tu(cam la aku bukan manusia juga,hu2..)


Cuma yang membezakan antara mereka semua adalah akal yang dimiliki oleh manusia. Akal yang dimiliki oleh manusia tidak dimiliki oleh binatang,robot,kayu,batu dan sebagainya. Dek kerana akallah manusia dimuliakan,oleh kerana akal jugalah manusia diagungkan. Lihat,betapa besar pengaruh akal pada manusia.


Tujuan utama akal dikurniakan pada manusia adalah untuk mengenal Allah S.W.T,mengenal rasul-rasulnya,mengenal kitab-kitabnya dan pelbagai lagi ilmu-ilmu islam yang perlu diketahui sebagai landasan pada manusia untuk terus kekal berada di jalan yang lurus yang akan membawanya pada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Kita semua dilahirkan bukanlah sekadar memenuhi muka bumi Allah Ta'ala,juga bukanlah sekadar untuk bersuka-ria memenuhi nafsu syahwat dengan membuta-tuli,tapi kita dilahirkan membawa satu amanah yang perlu kita laksanakan. Satu amanah yang mana satu ketika nanti kita semua akan disoal kembali tentang amanah-amanah tersebut. Firman Allah Ta'ala yang mana maksudnya:-


"Dan(ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku". (Az-Zariyat:56)

Nafsu juga merupakan satu anugerah yang amat bernilai bagi manusia. Dengan nafsulah manusia dapat memahami apa yang dikatakan nikmat,apa yang dikatakan lazat dan apa-apa lagilah yang menbawa kepada rasa 'best'. Dengan nafsu manusia dapat merasai lazatnya ayam bakar,dengan nafsu manusia dapat merasa manisnya teh tarik mamak,tapi dengan bantuan lidah la,kalau tak ada lidah tak dapat juga nak rasa apa-apa.


Tapi kena ingat! Secara garis besarnya nafsu memang akan membawa kita pada kejahatan dan kemaksiatan. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:-


"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan". (Yusuf:53)


Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:-

1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan

2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela

3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram


Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar. Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal. Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya.


Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.


Semoga kita semua memperoleh manfaatnya..Wallahu'alam..

Tuesday, January 20, 2009

Reaksi PM Palestin...


Gaza – Infopalestina: Ismael Haniyah, PM Palestina mendeklarasikan kemenangan rakyat Palestina dalam perang melawan Israel di Jalur Gaza yang berlangsung selama 22 hari. Ia menyebut ini pertolongan Allah.

Dalam pidatonya di TV kemarin sore Ahad (18/1) ia menegaskan pasukan Israel harus meninggalkan Jalur Gaza secara penuh tanpa syarat apapun, membuka perlintasan, membebaskan Jalur Gaza dari blokade, tidak boleh ada lagi blokade setelah darah warga Jalur Gaza tumpah oleh kejahatan Israel. Ia menegaskan bahwa Palestina harus bekerja kembali menyempurnakan langkah-langkah yang sudah dimulai. Ia mengisyaratkan bahwa gencatan yang diumumkan oleh Palestina juga sebagai upaya memulai penarikan pasukan Israel dari Jalur Gaza, pembebasan blokade dan pembukaan perlintasan.

Haniya yang menegaskan bahwa apa yang terjadi di Jalur Gaza adalah kemenangan rakyat, dunia internasional dan kemanusiaan menyatakan bahwa rakyat Palestina saat ini berada dalam episode sejarah dan kemenangan historis. Kemenangan ini dinilai sebagai pintu luas menuju kemenangan pasti yang paling besar. Yakni kemenangan yang berdasarkan kepada komitmen memperjuangkan hak-hak, prinsip-prinsipnya, membebaskan tanah Palestina, mendirikan negaranya yang merdeka dengan kedaulatan penuh dengan ibukota Al-Quds, membebasakan semua tahanan Palestina di penjara-penjara Israel, kembalinya pengungsi ke kampung halaman mereka.

Ia menambahkan bahwa kemenangan ini akan dijadikan sebagai titik tolak mengembalikan kesatuan nasional Palestina dan dialog internal. Agar, kepentingan nasional bisa terwujud. Ia menyerukan agar segera mengkondisikan diri untuk menyukseskan dialog.

Pemerintah Haniyah juga akan terus mengawasi kondisi perlintasan, memberikan bantuan rakyat yang mengalami genosida dahyat dari Israel. Apa yang diinginkan oleh Israel berupa kerusuhan keamanan di Jalur Gaza tidak terjadi.

Ismael Haniya menegaskan pentingnya pengiriman Tim Investigasi internasional untuk melakukan penyelidikan kejahatan Israel terhadap warga Jalur Gaza. Ia meminta agar elit Israel diseret ke Mahkamah Internasional.

Haniya mengatakan bahwa pemerintah Palestina berharapan para syuhada Palestina diberikan tempat yang mulia disisi-Nya, mengambil pelajaran berharga dan memberikan penghormatan kepada Dr. Nazzar Rayyan, dan komandan Mendagri Palestina Syekh Said Shayyam. Semoga mereka semua diberi rakyat, keridelaan, dan kesembuhan segera kepada korban-korban luka.

Haniya menegaskan pihaknya akan segera memberikan bantuan kepada semua keluarga yang ditimpa musibah, rumah dan aset yang dihancurkan Israel, akan diberikan tempat tinggal alternatif secepatnya. Serta akan merehabilisasi kerusakan yang ditimbulkan oleh kejahatan Israel. ia meminta kepada bansga Arab dan Islam serta dunia internasional bertanggungjawab atas semua yang menimpa rakyat Palestina di Jalur Gaza.

Haniya menyampaikan rasa terimakasih yang sedalam-dalamnya kepada semua upaya, dukungan dana dan dukungan lain kepada rakyat Palestina di seluruh dunia. Karena dukungan itu telah memberikan kekuatan dan ketegaran dalam berjuang melawan Israel.

Adakah Peperangan Ini Bakal Berakhir??


Al-Qossam Bunuh 80 Serdadu dan Lessakan 980 Roket



Gaza-Infopalestina : Brigade Izzudin Al-Qossam, sayap militer gerakan Hamas menegaskan, pihaknya telah mampu memberikan pukulan keras terhadap musuh Zionis selama perang yang berlangsung 22 hari.

Juru bicara Al-Qossam, Abu Ubaidah dalam konferensi persnya hari ini (19/1) menyebutkan, dalam perang selama 22 hari tersebut, para mujahidnya telah menembak mati 49 serdadu Zionis dan melukai ratusan lainya. Itu belum termasuk korban mati akibat tembakan roket dan tembakan sniper. Dengan demikian diperkirakan jumlah serdadu Zionis yang tewas oleh pasukan Al-Qossam di medan pertempuran, tak kurang dari 80 orang. Jumlah ini belum termasuk korban mati akibat gempuran roket ke wilayah permukiman di sejumlah kota dan distrik Israel. Al-Qossam menantang milirter Israel mengumumkan kerugian sebenarnya yang terjadi di medan pertempuran.

Syuhada Al-Qossam

Dalam pada itu, Abu Ubaidah mengumumkan jumlah syuhada yang meninggal akibat gempuran roket Israel mencapai 1300 orang. Kebanyakan warga sipil yang terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua. Jumlah ini menunjukan bahwa perang ini tiada lain hanya pembunuhan warga sipil, sebagai realisasi dari Aqidah Talmud mereka.

Ia mengatakan, perlawanan yang belum pernah terjadi dalam sejarah. Padahal Israel telah mempersiapkannya ini dalam dalam beberapa bulan sebelumnya. Abu Ubaidah menjelaskan, siapa yang membenarkan perang Israel dan menyebarkan kedustaan bahwa perang ini merupakan serangan balasan atas perlawanan, maka ia telah bersekutu dengan Zionis dan ikut bertanggung jawab dalam perang ini.

Hasil Jihad

Al-Qossam menegaskan, walaupun Israel telah memuntahkan semua roketnya dan membunuh semua yang bergerak di atas bumi ini serta menggunakan ratusan ton bom untuk membunuh bangsa Palestina, namun al-Qossam masih sanggup melancarkan taktik perangnya dalam 23 hari terakhir.

Al-Qossam telah melessakan 980 roket yang terdiri dari 240 roket qossam, 213 roket grad dan 422 roket ringan.

Dari jumlah tersebut, 47 tank Israel rontok dan 4 pesawat tempur mereka jatuh. Satu diantaranya pesawat pengintai tanpa awak.

Tawanan Perang

Juru bicara Al-Qossam ini kemudian menyebutkan, para mujahidnya telah melakukan dua operasi penculikan terhadap serdadu Israel. Pertama dilakukan di sebelah timur Tufah pada hari ketiga serangan dan berhasil menawan sejumlah serdadu Israel. Di sela operasi itu, masuklah pesawat tempur Israel dan menembaki pasukan perlawanan Al-Qossam hingga mujahid Al-qossam, Mahmud Raifi gugur syahid dan terbunuhnya satu serdadu Israel. Sementara yang lainya dapat meninggalkan tempat dengan selamat, walau beberapa orang terluka.

Adapun operasi kedua, dilakukan pada tanggal 5 Januari di sebelah Timur Jabalia. Para pejuang al-Qossam mampu menawan satu serdadu Israel dengan pengawalan ketat dan menahannya selama dua hari di salah satu gedung di medan pertempuran. Kemudian pasukan Zionis mengirimkan salah seorang warga sipil yang ditahannya sebagai tameng hidup untuk dijadikan barang tebusan dengan serdadu Zionis. Namun pasukan perlawanan menolaknya. Pasukan Zionis berang dan mengirimkan pesawat tempur F16 mereka untuk membombardir gedung itu. Dalam serangan ini, tiga pejuang perlawanan yang menawan serdadu tadi gugur syahid sementara serdadu Israel mati terbunuh. Ketiga pejuang tersebut masing-masing, Muhammad Farid Abdullah, Muhammad Abdullah Ubaid dan Iyad Hasan Ubaid.

Pasukan Roket Tidak Terpengaruh

Terkait dengan klaim Israel bahwa targetnya di Gaza telah tercapai, Abu Ubaidah mengatakan, target Zionis di Gaza tidak ada satupun yang tercapai kecuali pembantaian dan kejahatan perang mereka.

Kami di Al-Qossam menegaskan, pasukan roket kami dengan izin Allah tidak tersentuh. Kami melessakan roket-roket ini di saat perang tanpa henti dan kami masih mampu untuk melessakan roket-roket ini selanjutnya. Kami tegaskan, roket kami terus berkembang dan meningkat kemampuanya. Musuh Zionis akan mendapatkan kerugian baru dan menjadi target serangan kami di masa yang akan datang. Kamipun melessakan roket ini dengan perencanaan di saat perang. Seperti kami katakan di awal. Israel telah memulai perang. Namun mereka tidak mampu menghentikanya. Kamilah yang menentukanya.

Sejak awal mereka mengatakan, perang akan berlangsung sebentar. Tetapi kemudian mereka menggelar tahap kedua dan ketiga. Kerugian kami akibat perang ini sedikit sekali. Kami sudah memperbaikinya sebelum perang berakhir. Demikian juga dengan klaim Zionis yang mengatakan, telah menawan pasukan perlawanan. Ini adalah pernyataan dusta. Tidak ada satupun anggota perlawanan yang tertawan oleh mereka. Walaupun mereka menawan itupun hanya warga sipil biasa.

Persenjataan Akan Berlanjut

Juru bicara Al-Qossamm, Abu Ubaidah menegaskan, tujuan perang Zionis tertuju pada penghentian penyelundupan senjata melalui perbatasan. Dan ia minta dukungan internasional untuk menghentikanya. Kami katakan, kalau benar, kapankah penyelundupan senjata melalui jalur resmi perlintasan. Apakah mereka mengizinkannya ? tentu tidak. Tetapi yang penting kami tahu bagaiman senjata itu dibuat dan darimana senjata itu masuk Gaza.

Yang perlu kami katakana di sini adalah, senjata perlawanan tidak masuk dengan jalan diselundupkan. Sejak awal kami menginginkan senjata itu masuk secara resmi. Namun semua Negara menolak perlawanan rakyat Palestina. Oleh karena menjadi hak kami untuk memasukanya dengan cara yang kami bisa. Tekanan untuk melarang masuknya senjata bukanlah perkara baru. Sejak dahulu mereka melarang masuknya senjata perlawanan. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi kami untuk melawan penjajahan.

Dipetik dari Info Palestinia

Monday, January 19, 2009

From Palestine To Heaven

"Cinta
Cinta dan cinta
Kata-kata yang selalu mengiang di telingaku
Menggoyahkan keteguhanku
Dan menggelitik jantung hatiku

Seperempat abad ku mencari cinta
Di antara timbunan sampah dan noda asa
Di sela dedaunan meranggas oleh masa
Di tepi lautan pasir asmara

Dari ujung tanah hingga mega
Dari batas waktu hingga benua
Dari kasatmata hingga dasar samudra
Dari kolong gua hingga ujung senja

Adakah cinta di kepaknya
Adakah cinta di lolongannya
Adakah cinta di celotehnya
Adakah cinta di mukanya

Di beningnya
Di embunnya
Di tetesannya
Di bulirnya

Dalam kegelapan
Dalam keterikan
Dalam kehujanan
Dalam cahaya

Pada kabut
Pada angan
Pada bunga
Pada seminya

Ngarai
Lembah
Bukit
Rimba

Keramaian
Kesepian
Kehampaan
Kesedihan

Bulir menetes di permata kelopak
Gundah meradang di pematang rona
Resah mendekap di lautan jiwa
Nestapa menyengat di rumbai pusara

Kembali

Ummi
Adakah surga di pelukmu
“Aku hendak temui Rabbku”

Abi
Adakah tetes cinta di dekapmu
Kenapa kau campakkan aku?

Saudaraku
Kau yang lebih mengerti akan arti asa
Kau yang lebih mengerti akan bias fatamorgana
Di manakah cinta
“Selamat tinggal sobat”
Kenapa kau tinggalkanku?

Hartaku
Adakah kasih darimu
Kenapa kau kuasai diriku?

Franchiseku
Di tepi sahara
Duduk menanti cinta
Kenapa kau lalaikan aku?

Rumahku
Ah, aku coba
Kutenteng atap
Kubuka bilik
Kupendam
Kucium lantai
Kuisap debu
Kudekap rasa
Tidak ada

Istriku
Ah, Salma
Mendekatlah kekasihku
Aku masih ingat hangatnya pelukanmu
Aku masih ingat secawan anggur di jemarimu
Aku masih ingat seulas senyum di bibirmu
Aku masih ingat sepercik telaga di matamu
Aku masih teringat
kesetiaan cintamu
ketaatan imanmu
kemuliaan dirimu
keagungan akhlakmu
kecintaan akan risalahmu
kesejukan lisanmu
kelembutan belaianmu
ketsiqohan amalmu
keistiqomahan ibadahmu
keistigholan dakwahmu
keikhlasan dirimu
kebeningan kasihmu
Tapi, hendak ke mana kau, Khadijahku?

Nada, putriku
Abi bertanya, tunjukkan cinta yang sesungguhnya
Ucapkanlah lewat harumnya lisanmu
Sampaikanlah lewat mahkota keimananmu
Petikkanlah dari rumpun bunga surgamu
Dendangkanlah dari ranumnya pipimu
Kenapa kau pergi dariku?

Izzudin, putraku
Tunjukkan Abi cinta dalam penamu
Kabarkan Abi dalam kekhusyuan sujudmu
Pelitakan Abi dalam kemurnian pemikiranmu
Beritakan Abi dalam keheningan munajatmu
Kenapa kau menghilang dariku?

Aku
Aku, ya aku
Di mana
Cintaku wahai aku
?

Gersang
Usang
Hilang

Dan
Kuberdiri di Peshawar
Menenggak anggur ketaatan
Mengungkung komunitas mizan
Desing mortir
Dentum kaki baja
Kujual nyawa
Masih ada

Kubertengger
Di selatan Bandara Karachi
Menenteng bazoka
Menghantam muka-muka durjana
Kujual nyawa
Masih tersisa

Kumengangkang
Di puncak kuil Ram India
Di hadapan hidung-hidung militan garis keras
Kujual nyawa
Tiada sirna

Kumenghadang
di teriknya kebisingan Grozny
memoncong tank
menjual nyawa
masih ada

Kumenerjang
Di pusat peradaban Tulkarem
Merasuk, menggigit bom syahid
Menjual nyawa
Masih juga ada

Di kamp Shabra Satila
Menganga luka-luka manusia
Meregang nyawa
Tercabik-cabik
Kubalik
Nada, Izzudin?
Subhanallah

Menyusuri ladang Gaza
Bergelimpangan jutaan nyawa
Tergilas tank menjadi dua
Kupeluk sesosok muka
Salma?
Salma?
Bicaralah Salma,
Bicaralah Salma,
“Mahmud Abu Nada, ketika kau lihat syahidku, angkatlah mukamu ke pemilik
Arsy.
Sungguh kutahu perpisahan sangat begitu berat, sunatullah azza wa jalla
telah pasti atas makhluk-Nya. Khadijahmu ini mencintai pertemuan dengan
Allah Azza wa Jalla.
Khadijah”

Merayap
Menghentak
Meniti

Malam pekat
Dingin menusuk
Di antara pemburu-pemburu tiket tol surga
Kuterbaring
“Segera sembuhkan kakiku ya Omar,
kehilangan satu kaki bukan alasan bagiku tuk tak bisa berlari”
Aku tak pedulikan kaki ini
Aku tak pedulikan mata satuku ini
Aku tak pedulikan cabik-cabik daging tak berbentukku ini

Di belakang panji
Ku merasuk,
Menghentak permukiman Yahudi Netaniya
Mengusung sekarung penghancur jiwa
Menitipkannya pada musang-musang yang tengah berpesta

Kujual nyawa
Sirna
Di syurga-Nya

Detik itu juga
Di Palestina Kuraih Cinta

dipetik dari Tranungkite Online