Friday, September 11, 2009

Badar Kubra....Istimewanya Peristiwa Bersejarah ini...

Pertama:

Perang ini Rasulullah beserta tentera Islam mencapai kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang menentang seribu bala tentera kaum Quraish yang lengkap bersenjata yang dipimpin oleh Abu Jahal.

Kedua :

Rasulullah mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikit pun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga :

Peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu dari Allah S.W.T.

Keempat :

Walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima :

Jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan di samping mengharapkan pertolongan dari Allah Taala.

Keenam :

Kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh :

Mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan:

Menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan :

Menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan bagi meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh :

Cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

Kesebelas :

Sebagai seorang Nabi, Rasulullah tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaian terutama dalam keadaan yang getir.

Sesungguhnya banyak intifadah pengajaran positif yang perlu diambil kira daripada Peristiwa Peperangan Badar Kubra ini oleh setiap pejuang dan individu muslim dewasa ini yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka dan dalam menegakkan Agama Allah di muka bumi ini.Semoga dengan mengimbas kembali sejarah kekuatan Islam ini dapat menguatkan lagi semangat dan jatidiri setiap individu Muslim.

Ramadhan Karim...Allahu Akram...

Friday, July 31, 2009

Selamat Berjuang wahai sahabat2ku.....


Malam siang berlalu
gerhana kesayuan tiada berkesudahan
detik masa berlalu tiada berhenti
oh syahdunya
sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran
bersama teman - teman
harungi kehidupan
oh indahnya oh...

Berat rasanya di dalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya ooo

Selamat berjuang sahabat ku
semoga ALLAH berkatimu
Kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu

berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian
dan juga ketenangan

tetapi ku akur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat Berjuang...


untukmu teman....

Friday, July 3, 2009

Berjalan...bermusafirlah...


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa


Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia

klik untuk mendengar lagu...

Wednesday, June 17, 2009

10 kota terburuk


Nombor 10

BAGHDAD,IRAQ

Sangat mengejutkan dan memeranjatkan bahawa penerbangan yang murah memenuhi akhir minggu ke Baghdad.Kota yang hancur musnah kerana perang dalam era kejatuhan Saddam Hussein.Semenjak pencerobohan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Bush,maka pencurian ,penculikan , kejahatan seksual dan pembunuhan terjadi di mana-mana.Mata wang Iraq juga jatuh merudum apabila runtuhnya kerajaan Saddam.Sebahagian besar jalan di kota ini sudah menjadi padang rumput yang luas apabila dibedil dek kereta kebal,bak padang jarak padang terkukur biarpun hakikatnya susah nak nampak seekor pon burung terkukur..hehe..

Nombor 9
DHAKA,BANGLADESH

Kota yang terkenal banyak retaknya ini adalah Dhaka,kota yang boleh dikira sebagai kota yang mundur atau dalam keadaan gelap buat masa sekarang ini.Di samping ketidakstabilan politik, tekanan tentera dan kekacauan akibat peperangan dan bencana alam,ibu kota Bangladesh ini menghadapi krisis yang berlebihan dengan tingkat populasi yang tak seimbang dan pencemaran tertinggi.Industri yang memenuhi kota ini membawa dampak atau impak bagi lingkungannya, secara terus menerus 9.7 tan sampah dibuang melalui sungai di kota setiap tahunnya tanpa sebarang tindakan diambil..huhu..Itu la sebabnya Rally Paris Dhaka pun sekadar tempat lalu ja,tak ada yang sudi nak singgah..hehe..


Nombor 8
YAKUTSK,RUSIA

Tempat paling sejuk di bumi,seringkali suhu di sini jatuh pada -58Fahrenheit dan jika ini berlaku ,anak-anak terpaksa ponteng atau cuti dari sekolah begitu juga dengan yang bekerja.Kabus yang tebal hanya mampu membuatkan mata kita memandang tidak lebih dari 10 meter ke depan.Nak memandang masa depan?alamatnya pindah ja la..hee..

Nombor 7
MOGADHISU,AFRIKA TIMUR


Kota di mana hierarki adalah selamanya dinegoisasi.Pada tahun 1992 pemberontakan terjadi di mana-mana dengan ribuan kes dan musim kemarau yang panjang serta kelaparan di tiap wilayah di negara ini.Mogadhisu,tentu saja tidak akan anda temui pada risalah atau pamplet percutian anda dan moga-moga piala dunia nnti tak buat kat wilayah ini..


Nombor 6
CHERNOBYL,UKRAINE

Jika anda tidak pernah mendengar Chernobyl,kota terhukum, mungkin anda tidak mahu tinggal dan singgah di sini kerana bahaya radiasi selama dekad terakhir ini.Ledakan nuklear pada tahun 1986 ,telah menghancurkan dan mengkontaminasi atau mencemarkan semua makhluk orgenik di tempat ini.Ntah2 makhluk asing atau makhluk halus pun pikir dulu nak singgah sini.hehe..


Nombor 5
OKLAHOMA CITY,AMERIKA SYARIKAT

Waktu yang buruk berkunjung ke sini adalah ketika bulan Mac hingga Ogos kerana cuaca yang tidak mampu dijangka.Mengikut fakta,kota ini adalah kota yang terbanyak dengan bencana tornado(puting beliung) terbanyak di USA hingga membuatkan kota ini nampak macam filem The Day After Tomorrow.Bukan Filem P ramlee hitam putih..keke..


Nombor 4
PYONGYANG,KOREA UTARA

Kota yang penuh dengan tekanan,kota ini hanya memiliki satu channel atau saluran TV dan stesen radio yang dikuasai pemerintah.Untuk pergi keluar bandar saja,setiap orang perlu meminta izin dulu dari pemerintah.Nak lebih merdeka dan bebas pindah ajerlah dari kota ni..


Nombor 3
BUJUMBURA,REPUBLIK BURUNDI

Dengan angka pendapatan berkapita terendah,negara ini menjadi negara paling miskin di planet bumi ni dan yang menakutkan sering terjadi pembunuhan para pemimpin politik(kalah pilihanraya kot..hehe)Tak ada satu tempat pun kat sini yang sesuai dijadikan lokasi untuk bercuti,baik p mesir kan..hehe...


Nombor 2
LINFEN,CHINA

KOta terbesar penduduknya versi majalah Time,sangat sayup dan gelap yang menjadikan kota ini macam neraka.Udara di sini penuh dengan pencemaran arang batu dan jalan yang sangat padat akan emisi(pancaran/sinaran)Anda harus menjauhkan diri,walaupun anda telah memakai masker atau topeng keselamatan kerana itu tidak mampu menyelamatkan anda.Beli barang china atau sin x pa la..hehe..


Nombor 1
PORT MORESBY,PAPUA NEW GUINEA

Lebih dari 200 penderita HIV muncul setiap bulan,kota ini menjadi antara kota terburuk untuk singgah tambahan lagi nak tinggal di sini, berdasarkan voting atau undian cerdik pandai ekonomi pada tahun 2004,


Populasi bertambah banyak dan tidak terkawal , kes jenayah seksual, kecurian mencapai angka tertinggi 23 kali ganda dari LOndon .Mengikut story,terdapat geng yang terkenal yang telah berhasil merompak wang di bank sekitar kota ini dengan senjata M16..(Fuhh,power 2..)

Jika anda
tak berjaya mencari cenderahati di sini,jangan khuatir kerana setibanya di rumah anda mungkin akan mendapat cenderahati ataupun ole-ole penyakit yang telah anda bawa balik bersama tubuh anda..Jadi,beringatlah sebelum kena..


Alhamdulillah,bersyukurlah kerana kita tinggal dalam negara yang penuh aman dan mudah-mudahan kita sntiasa di bawah payung rahmat Allah Taala .Kita doakan agar seluruh umat di dunia terus dikurniakan nikmat hidup dan terus maju ke hadapan.Semua yang terjadi ini mesti ada sebab dan hikmah disebaliknya.Bersama-samalah kita fikirkannya bersama.Post ni dipetik dari sebuah majalah inggeris dan ditranslate mngikut kefahaman..hehe...

Ingatlah Firman Allah yang bermaksud."Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahkan sendiri"Wallahu A'lam...